"LEMU AJEH KUASA"
(Ilmu adalah Kuasa)
MAKLUMAN
Program ZOOM A untuk pelajar potensi 5A

Tuesday, July 19, 2011

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Suak Padi adalah sekolah Murid orang asli(SMOA) terletak kira-kira 4.6km dari jalan raya Ipoh-Lumut.Kira-kira 1.6km dari simpang jalan Felcra Nasaruddin. 
Bangunan asal mula didirikan pada tahun 1960,oleh jabatan Hal Ehwal Orang asli(JHOEA) di atas tapak seluas 1 hektar di kampung suak Padi,Bota,Perak. Tanah ini dihadiahkan oleh Tok Batin ketika itu,En Panjang Saie. Pada awalnya bangunan tersebut merupakan sebuah sekolah cawangan kepada Sekolah Kebangsaan Padang Changkat,Bota,Perak. 
Mulai tahun 1985, pentadbiran sekolah telah ditadbir sendiri oleh guru besar yang ketika itu diterajui oleh En Arifin b Uda Taih dengan bilangan kelas sebanyak 5 buah. Sehingga 1990, bilangan murid telah mencapai hingga 90 orang.Sehingga kini SKSP telah di tadbir oleh 9 orang guru besar seperti senarai yang berikut;
1. En Arifin b Uda Taih
2.En Abd Halim b Mohd Noor
3.En Mohd Yusof n Abd Rahim
4.En Roslim b hj Zainuddin
5.En Mohd Azhan b Mohd Khalid
6.En Mohd Podzi b Mohamad
7.Tn Hj zakaria b Ali
8.Tn Hj Arifin b Abd Mutallib
9.Pn Hjh Noraziah bt Abdul Baki
10.Pn Selmywaty bt A Bakar



No comments:

Post a Comment