"LEMU AJEH KUASA"
(Ilmu adalah Kuasa)
MAKLUMAN
Program ZOOM A untuk pelajar potensi 5A

Tuesday, July 19, 2011

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Suak Padi adalah sekolah Murid orang asli(SMOA) terletak kira-kira 4.6km dari jalan raya Ipoh-Lumut.Kira-kira 1.6km dari simpang jalan Felcra Nasaruddin. 
Bangunan asal mula didirikan pada tahun 1960,oleh jabatan Hal Ehwal Orang asli(JHOEA) di atas tapak seluas 1 hektar di kampung suak Padi,Bota,Perak. Tanah ini dihadiahkan oleh Tok Batin ketika itu,En Panjang Saie. Pada awalnya bangunan tersebut merupakan sebuah sekolah cawangan kepada Sekolah Kebangsaan Padang Changkat,Bota,Perak. 
Mulai tahun 1985, pentadbiran sekolah telah ditadbir sendiri oleh guru besar yang ketika itu diterajui oleh En Arifin b Uda Taih dengan bilangan kelas sebanyak 5 buah. Sehingga 1990, bilangan murid telah mencapai hingga 90 orang.Sehingga kini SKSP telah di tadbir oleh 9 orang guru besar seperti senarai yang berikut;
1. En Arifin b Uda Taih
2.En Abd Halim b Mohd Noor
3.En Mohd Yusof n Abd Rahim
4.En Roslim b hj Zainuddin
5.En Mohd Azhan b Mohd Khalid
6.En Mohd Podzi b Mohamad
7.Tn Hj zakaria b Ali
8.Tn Hj Arifin b Abd Mutallib
9.Pn Hjh Noraziah bt Abdul Baki
10.Pn Selmywaty bt A Bakar



Saturday, July 9, 2011

Friday, July 1, 2011

Pelancaran Projek Sekolah Angkat Intelek Bina Upaya(IBU)

Pada 30 Jun 2011, pukul 10.00pagi telah diadakan Majlis Pelancaran Projek Sekolah Angkat Intelek Bina Upaya (IBU) di Padang SK Suak Padi. Majlis dirasmikan oleh Y.A.Bhg.Datin Seri DiRaja Saripah Zulkifli(Yang Dipertua BAIDURI).Projek Sekolah Angkat Negeri Perak 2011 ini adalah anjuran bersama MRCB,BAIDURI,YBDUR & JPN Perak.SK Suak Padi telah terpilih menjadi sekolah angkat bersama 9 buah sekolah lain di negeri Perak. Tujuan program ini diadakan bagi membantu pelajar dalam pelbagai aspek iaitu akademik,pembangunan diri & kesihatan mental serta psikososial.

 Ketibaan Datin Seri disambut dengan barisan penari sewang sekolah. 

 Ucaptama Pengurus Malaysian Resources Corporation Berhad(MRCB)
EN Amir Azman b Dato' Yusuf

Ucapan Peramian oleh Gimik Pelancaran Yang Dipertua BAIDURI
Y.A.Bhg Datin Seri DiRaja Saripah Zulkifli



 Penyerahan "Mock Cheque" oleh MRCB kepada YBUDR

 Penyampaian plaque kepada Pn Selmywaty (GB)

 Persembahan Sewang oleh kumpulan sewang sekolah.


 Lawatan ke kelas tambahan Bahasa Inggeris Tahun 5 dan 6






 Menikmati makan tengah hari bersama VVIP
 Sidang Media bersama wartawan


Monday, March 21, 2011

latihan kebakaran








 menyemak jadual kedatangan





penyelaras memberi taklimat